Kanvas pertama
Hari ini genap 3 Syawal.Utaibah merenung keluar tingkap kaca yg di hiasi dengan permandangan luar yg memutih.Jalan-jalan dan pokok-pokok mati semuanya diselimuti dengan salji yg menebal.Utaibah melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah masuk waktu solat Asar,dia bangun melintasi gerabak kereta api wap yg sunyi tanpa penumpang.
Gerabak hadapan yg menempatkan surau juga tidak berpenghuni. Pada waktu begini memang tiada penumpang dari Bandar Idraki ke perkampungan nelayan Maliki.Pada waktu begini semua org sudah mula bekerja.Hanya Utaibah yg baru memulakan cuti rayanya.
Beg galas yg berwarna kelabu emas di letakkan di atas meja yg menghiasi ruang tamu utama.Suasan sunyi menyelubungi seluruh bilik.Utaibah membuka kot tebalnya dan digantung pada penyangkut kot di belakang pintu.Suasana rumah keluarga Idraki selepas waktu perayaan sungguh sunyi sepi. Semua ahli keluarga sudah mula bekerja. Ibu Utaibah,Puan Haimanah sudah keluar ke kilangnya yg berada di tepi pelabuhan seawal jam 4 pagi. Abang-abang dan kakak-kakaknya semestinya sudah berada di rumah masing-masing, memulakan rutin hidup seharian seperti biasa.
Beginilah yg selalu dilalui Utaibah bila menjelang hari perayaan.Dia terpaksa pulang lewat 2,3 hari supaya tidak bertembung dengan adik bongsunya,Syaukat.Utaibah sanggup berkorban untuk keharmonian keluarganya. Utaibah berdiri di pintu dapur.Kelihatan balang biskut raya masih penuh.Terdapat juga sebakul ketupat yg masih terbalut kemas.
"Lambatnya sampai," kelihatan Jamsyir muncul dari belakang Utaibah dengan senyuman.Utaibah sedikit terkejut.
"Kami tunggu Uth dari pagi tau," Hulawi juga muncul,melepasi Utaibah.Dia dan Jamsyir sibuk mengeluarkan lauk dari peti sejuk untuk di panaskan.Sambil Utaibah perhatikan mereka dengan senyuman penuh kehairanan.
"Sya dan Hul sambung cuti kah..?" soal Utaibah kepada kedua org abangnya.
"Kami ambil cuti lama sedikit..," balas Jubair yg muncul dari belakang Utaibah.Dia mengusap-ngusap kepala Utaibah penuh mesra.
Utaibah tersenyum,raya tahun ini dia tidak akan makan rendang dan ketupat seorangan lagi.Dia juga turut membantu Jubair yg ingin memanaskan rendang daging kambing.Suasana dalam dapur menjadi riuh dengan ketawa dan senda gurau.
No comments:
Post a Comment