Sunday, 20 May 2012

A S Y U R A ( t a n g a n e m a s )

Kanvas pertama

Hari ini genap 3 Syawal.Utaibah merenung keluar tingkap kaca yg di hiasi dengan permandangan luar yg memutih.Jalan-jalan dan pokok-pokok mati semuanya diselimuti dengan salji yg menebal.Utaibah melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah masuk waktu solat Asar,dia bangun melintasi gerabak kereta api wap yg sunyi tanpa penumpang.

Gerabak hadapan yg menempatkan surau juga tidak berpenghuni. Pada waktu begini memang tiada penumpang dari Bandar Idraki ke perkampungan nelayan Maliki.Pada waktu begini semua org sudah mula bekerja.Hanya Utaibah yg baru memulakan cuti rayanya.

Beg galas yg berwarna kelabu emas di letakkan di atas meja yg menghiasi ruang tamu utama.Suasan sunyi menyelubungi seluruh bilik.Utaibah membuka kot tebalnya dan digantung pada penyangkut kot di belakang pintu.Suasana rumah keluarga Idraki selepas waktu perayaan sungguh sunyi sepi. Semua ahli keluarga sudah mula bekerja. Ibu Utaibah,Puan Haimanah sudah keluar ke kilangnya yg berada di tepi pelabuhan seawal jam 4 pagi. Abang-abang dan kakak-kakaknya semestinya sudah berada di rumah masing-masing, memulakan rutin hidup seharian seperti biasa.

Beginilah yg selalu dilalui Utaibah bila menjelang hari perayaan.Dia terpaksa pulang lewat 2,3 hari supaya tidak bertembung dengan adik bongsunya,Syaukat.Utaibah sanggup berkorban untuk keharmonian keluarganya. Utaibah berdiri di pintu dapur.Kelihatan balang biskut raya masih penuh.Terdapat juga sebakul ketupat yg masih terbalut kemas.

"Lambatnya sampai," kelihatan Jamsyir muncul dari belakang Utaibah dengan senyuman.Utaibah sedikit terkejut.
"Kami tunggu Uth dari pagi tau," Hulawi juga muncul,melepasi Utaibah.Dia dan Jamsyir sibuk mengeluarkan lauk dari peti sejuk untuk di panaskan.Sambil Utaibah perhatikan mereka dengan senyuman penuh kehairanan.
"Sya dan Hul sambung cuti kah..?" soal Utaibah kepada kedua org abangnya.
"Kami ambil cuti lama sedikit..," balas Jubair yg muncul dari belakang Utaibah.Dia mengusap-ngusap kepala Utaibah penuh mesra.

Utaibah tersenyum,raya tahun ini dia tidak akan makan rendang dan ketupat seorangan lagi.Dia juga turut membantu Jubair yg ingin memanaskan rendang daging kambing.Suasana dalam dapur menjadi riuh dengan ketawa dan senda gurau.


A S Y U R A ( t a n g a n e m a s ) prolog

Story telling

Laman web "10 Muhharam" yang hanya muncul selama 10 hari setahun menjadi buah mulut semua ahli seni dan peminat seni di D.I.Laman web yg mempamerkan karya2 agung dan berkualiti ini menimbulkan kekecohan.
Dengan hanya memperkenalkan diri sebagai ASYURA,membuatkan ASYURA sebagai artis seni paling misteri dan berbakat pada abad ini.(tidak mengetahui jantina,umur, atau bilangan artis) 

karya yang hanya boleh dinikmati selama 10 hari...

*******************************************

Watak Utama :

Thauri Utaibah Idraki [Utaibah] ( 13 ) Pelajar tahun ke-3 Sek.Khusus Seni Idraki

*seorg yg,keras kepala & ego,mementingkan kesempurnaan.Cerewet, hidupnya amat teratur dan mementingkan kekemasan.Akan diam sepanjang hari bila mood tidak baik.Bersifat pembuli hanya pada Qismina & Busra.

Qismina Dhia Munabbih [Qismina] ( 15 ) Pelajar tahun ke-3 Sek.Khusus seni Idraki

*seorg yg,naif! walaupun mempunyai bakat yg hebat..dia masih clueless!! Bersifat terbuka & peramah.X begitu mengambil serius dalam semua hal.Melukiskan semula satu contengan Utaibah dalam buku pinjaman, menjadi sempurna.Semenjak itu menjadi "binatang buruan" Utaibah.

Musyrif Furqan Liwaunnasri [Furqan] ( 18 ) Pelajar tahun ke-2 Universiti Seni Idraki

*Berpengalaman dalam seni lukis.Seorg yg serdahana dan matang.Idolanya ialah Tuan Munabbih, seorang pelukis illustrasi buku kanank2 yg terkenal dengan kelembutan warna yg digunakan.

Lubawi Ibtisam Liwaunnasri [Ibtisam] ( 13 ) Pelajar tahun pertama Sek.khusus Seni Idraki

*seorg yg, bersikap x matang & suka bercakap tentang benda yg x masuk akal.Ceria dan senang berkawan.Peramah & bersikap terbuka.Tapi sangat serius bila melukis.Anak manja mak ini, suka mengambil gambar bayang2 sahaja.

Abbab Wabil Waliuddin [Wabil] ( 10 ) Pelajar sek. asas tahun ke -2

*seorg yg, pendiam.Dia hanya akan berbisik pada Utaibah bila ingin mengatakan sesuatu.Perangainya pelik dan hanya suka bergaul dengan Utaibah.

Busra Rahimi Jamalulail [Busra] ( 13 ) Pelajar tahun pertama Sek. Khusus Seni Idraki

*seorg yg, malas & x bersemangat.tidak mempunyai kawan dan sangat suka melukis komik yg x bertaraf.X pernah serius dalam melukis.Sangat pasif sehingga rakan sekelasnya tidak menyedari akan kewujudan dirinya.Bermulut celupar dan suka mencari masalah dengan Utaibah



**********************************************************

Hidup ku selama ini sangat sunyi.Ingatan dan kenangan manis seperti tidak wujud jika dibandingkan dengan kenangan hitam & pahit.Namun ku teruskan hidup seperti biasa..menunaikan impian ku! Itulah satu-satunya benda yang membuatkan ku terus hidup menghadapi reliti.

Hari-hari yang berlalu x memberi sebarang makna, hanya pergi meninggalkan ku seperti angin.Ku x mempunyai apa-apa minat selain seni! Hidup mati ku hanya untuk itu. Sebelum ku menemui mereke, "seni" yg lebih agung! Mewarnai hidupku dengan warna hidup mereka yg berwarna-warni, memberikan ku inspirasi & hidup yg lebih ceria.

Untitle

Aku dapat idea tuk buat cerita kebanyakkan nya dari hidup aku sendiri dan benda yg berada sekitar aku. Benda yg bagi impak dalam hidup, yg aku rasa best, aku akan kembangkan cerita tu.